Saturday, April 25, 2009

Tajuk Karangan: Kucing dan kereta myvi

Tajuk: Kucing dan kereta Myvi
Label: Kisah Benar


Satu hari, saya keluar makan malam bersama kawan saya. Semasa dalam perjalanan ke tempat meletak kereta, tiba-tiba saya terlihat seekor kucing sedang bersantai atas kereta salah seorang kawan saya, tetapi bukan kereta kawan saya yang keluar bersama saya. Aksi duduk termenungnya sangat comel dan saya mencuba untuk mendekatinya untuk mengambil gambar dengan kedudukan yang strategik. Si kucing takut. Mungkin dia berfikir yang saya cuba menculik dia. Dia dengan muka curiganya beredar perlahan-lahan tetapi tetap di atas kereta itu. Saya mendekatinya lagi dengan harapan kucing itu memahami bahawa saya cuma ingin mengambil gambarnya sahaja. Dia tetap takut juga. Saya tetap berkeras untuk mengejarnya. Sebelum dia melompat terjun dari kereta itu, dia sempat berposing sikit untuk mengambil hati saya. Saya pun sangat gembira.

2 comments:

  1. brapa patah perkataan? buli panjang sikit ka?

    ReplyDelete
  2. hihi..ni ja yg buli buat. Ni karangan versi pendek..:)

    ReplyDelete